facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Munafik 2016 Full Movie









Adam dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri terhadap kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua yang mengenali, terutamanya penduduk kampung di kawasan yang dia diami.
Kebahagiaan yang dikecapi Adam bersama isteri dan anaknya tidak bertahan lama selepas dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya meninggal dunia di tempat tragedi. Kematian isterinya, Zulaikha itu telah membunuh semua rasa dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Islam yang sering mengubati orang-orang kampung.
Adam seakan-akan tidak boleh menerima Qada & Qadar Tuhan. Keimanannya mula rapuh, tergugat dan tidak sekuat dahulu. Adam mula murung, mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadat di rumah, ditemani anaknya Amir.
Dalam masa yang sama, Maria, salah seorang penduduk di kampung, Adam mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk sehingga ke tahap dia didiagnos oleh pakar perubatan moden dengan penyakit mental-kronik depresi (tekanan perasaan yang serius).
Kemewahan hidup keluarganya tidak membawa makna apa-apa bila gangguan yang dialaminya semakin lama semakin menggila kerana hanya bergantung pada ubat penenang yang kesannya hanya sementara. Ayahnya pula terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya,Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria selepas kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan, penampakan jin/syaitan.
Sementara itu, Adam semakin tertekan kerana anaknya juga bersedih merindui arwah ibunya. Walau dalam keadaan tertekan, Adam terpaksa akur dan bersetuju untuk mengubati Maria selepas dipujuk dengan bersungguh-sungguh oleh Imam kampungnya. Bapa Adam, Rahim pula secara tiba-tiba datang melawat Adam dan cucunya. Dia juga menasihatkan Adam untuk membantu Maria. Gelagat Rahim yang agak pelik dicurigai Adam dan anaknya.
Dari saat pertama Adam bertemu Maria, misteri sebenar bermula dan persoalan demi persoalan timbul dalam pemikiran mereka. Ada kesinambungan cerita yang cuba diungkai tetapi masih tak jumpa. Episod demi episod gangguan telah menyentak kesedaran Adam. Dia zahirkan satu persatu petanda.
Pada malam sama, Imam Ali sudah meninggal dunia akibat kemalangan yang berlaku disebabkan gangguan syaitan yang sama dengan Maria dan Adam mengalami masalah pemikiran apabila anaknya Amir telefon yang beritahu datuk tiada di rumah dan emak sudah ada di rumah walaupun sudah meninggal. Adam semakin tertekan ingin membawa mayat Zulaikha kepada anaknya ingin tunjuk kebenaran yang sudah meninggal dunia dan akhirnya Adam terjaga dan berasa lega hanya mimpi.
Apabila tiba di rumah tiba-tiba terserempak Fazli berada di depan rumah Adam. Fazli menasihati Adam supaya jangan jadi ustaz apabila berkelakuan aneh boleh mendatangkan munafik dan jauhkan daripada Maria. Rahim menasihati anaknya berjumpa dengan Ustaz Shah tetapi Adam tidak izinkan. Adam bergegas ke rumah Maria kerana Zati memberitahu yang bapa Maria sudah jumpa.
Adam sudah sampai rumah Maria dan berjumpa dengan Zati dan Maria. Apabila di bilik Pak Osman terjumpa songkok beliau dan tiba-tiba Adam menjadi aneh yang cuma batu nisan dan Zati menelefon Adam yang ingin perjalanan ke hospital untuk berjumpa Maria dan Adam menjadi gelisah mengakibatkan gangguan syaitan/jin.
Di hospital Maria terjaga daripada tidur dan merayau di sekeliling dan tiba-tiba terserempak dengan makhluk halus dan Maria ingin selamatkan diri dan berlari ke bilik mayat membuatkan Maria berasa panik sehinggalah Maria diculik. Apabila Adam sampai di hospital dan berjumpa dengan Zati memberitahu tentang kotak kecil itu yang Adam sudah jumpa dan di dalamnya hanya tangkal berbentuk orang. Adam menasihatkan kepada Zati supaya menjauhkan diri daripada syirik dan kotak kecil berikan kepada Zati untuk membuat laporan kepada polis. Maria ingin menelefon Adam yang beritahu beliau berada di banglo lama dan ingin memberitahu rahsia Maria.
Adam sudah berada di banglo lama dan menjejaki Maria yang diberitahu. Tiba-tiba ternampak banyak mayat yang sekeliling di bilik itu. Ketika itu Adam terjumpa Maria dan berjalan bersama-sama untuk mencari jalan keluar. Tiba-tiba Adam ditarik oleh makhluk halus dan berlanggar dinding sekeliling dan Maria sudah jatuh dari tangga. Adam ingin membantu Maria dan ingin membongkar rahsia tentang kemalangan jalan yang lepas memberitahu yang dilanggar Zulaikha adalah Maria dan Maria ingin mohon maaf kepada Adam atas perbuatan tetapi Maria sudah meninggal dunia.
Tiba-tiba terserempak Pak Osman ingin mencuba nekad untuk menasihati Adam untuk menolak keimanan dan bersama dengan iblis/syaitan tetapi Adam menolak. Pak Osman mengarahkan makhluk halus untuk bunuh Adam tetapi Adam masih kuat dan tabah hadapi. Adam ingin berdoa kepada Allah untuk pertolongan dan menjauhkan diri daripada hasutan syaitan/iblis.
Akhir sekali, apabila doa sudah dimakbulkan oleh Adam, Pak Osman dipanah petir dan makhluk halus sudah lenyap. Rahim dan Ustaz Shah sudah berada di banglo lama dan bertemu dengan Adam. Ustaz Shah memberikan mainan Amir kepada Adam dan Rahim memberitahu yang Amir terlibat dengan kemalangan dan kembali ke rahmatullah. Adam berasa sangat sedih atas pemergian anak dan isteri yang tercinta. Adam nekad berdoa untuk pulihkan keimanan dan kembali ke jalan kebenaran.

Popular Posts

Facebook